Berita baik buat #FamilySK ! 

Alhamdulillah,perniagaan Siti Khadijah yang bermula pada tahun 2009, terus mengukuhkan empayar perniagaan sehingga sekarang. Tahun 2019 merupakan ulangtahun Siti Khadijah yang ke-10. Pelbagai program & event menarik yang akan dijalankan oleh #TeamSK sebagai tanda terima kasih kepada  #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah selama 10 tahun.

Antaranya, kami akan berikan 1000 telekung SK secara percuma untuk anda! Nak tahu bagaimana anda boleh dapatkan telekung SK secara percuma ini, layari media sosial rasmi Siti Khadijah, Facebook & Instagram.

Di Facebook & Instagram SK, #TeamSK akan update dari semasa ke semasa tentang bagaimana anda boleh dapatkan telekung SK secara percuma.

 

TONTON & MENANG 100 TIKET VVIP KE MALAM SEDEKAD SITI KHADIJAH!

Buat julung kalinya, Siti Khadijah mengambil inisiatif untuk menerbitkan drama bersiri 15 episod yang diinspirasikan daripada 3 kisah benar. Drama bersiri SK ini memaparkan coretan perjalanan SK dari 3 sudut yang berbeza.

Bertepatan dengan ulangtahun ke-10 SK, #TeamSK ingin memberi pendedahan tentang bagaimana SK sebenarnya telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Sehubungan itu, #TeamSK ingin mengajak anda yang bertuah untuk menjadi VVIP di MALAM SEDEKAD SITI KHADIJAH sempena ulangtahun ke-10 Siti Khadijah di Putrajaya Marriott Hotel pada 5 April 2019.

Ikuti langkah-langkah mudah untuk dapatkan tiket VVIP Malam Sedekad Siti Khadijah :

  1. Tonton drama bersiri pertama Siti Khadijah di DahSedekad.com dan dapatkan KATA KUNCI di setiap drama.
  2. Hantarkan KATA KUNCI setiap episod tersebut di DahSedekad.com atau klik link di bawah.
  3. Jawapan yang tepat dari episod 1 hingga episod 15 akan berpeluang mendapat tiket VVIP ke Malam Sedekad Siti Khadijah pada 5 April 2019.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Contoh jawapan:
EPISOD 1 SKSedekadDah

Jangan lupa juga untuk 'Subscribe' Youtube Telekung Siti Khadijah~

*Peluang untuk dapatkan tiket VVIP ini hanya terhad untuk 100 orang sahaja.

 

CABUTAN BERTUAH DI MALAM SEDEKAD SITI KHADIJAH

Bukan saja berpeluang untuk makan malam bersama #TeamSK, 100 pemenang tiket VVIP ini juga akan berpeluang menyertai Cabutan Bertuah. Pemenang bertuah akan menerima hadiah istimewa daripada Siti Khadijah.

JUALAN MEGA SEDEKAD SK 2019

Juga sempena ulangtahun ke-10 Siti Khadijah, satu Jualan Mega akan diadakan pada 6 April 2019, iaitu sehari selepas Malam Sedekad Siti Khadijah.

Jualan Mega Sedekad SK akan diadakan di Putrajaya Marriott Hotel selama 1 hari sahaja. Promosi jualan ini istimewa dijalankan oleh #TeamSK sebagai tanda terima kasih dan kesetiaan #FamilySK menyokong selama 10 tahun. Pelbagai diskaun menarik menanti anda. #TeamSK juga teruja untuk mengeluarkan produk-produk SK yang baru untuk anda.

combined-shape-white-top-01
MARRIOT-+-LOGO

Hantarkan kata kunci di sini

Kumpul & hantar kata kunci untuk memenangi tiket VVIP ke MALAM SEDEKAD SITI KHADIJAH!

combined-shape-white-bottom-01