“Pertama kali saya menggunakan telekung siti khadijah dari koleksi premium warna putih. Seawal kolaberasi SK dengan Go Shop. Ia merupakan hadiah daripada suami sempena hari lahir saya. Semenjak dari itu saya terus jatuh cinta dengan telekung SK ini. Apa yang paling saya suka material kainnya yang sejuk dan selesa apabila solat. Bahagian muka telekung SK memang berbeza dengan mana-mana telekung yang saya pernah guna. Bahagian muka tidak melekat, tidak sakit dan menutup rambut dengan sempurna walaupun tidak memakai anak tudung. Ini membuatkan saya rasa yakin untuk solat dalam tempoh yang lama apabila solat malam. Walaupun simple tapi sulaman telekung SK begitu ekslusif. Telekung SK ini juga sangat cepat kering apabila dibasuh dan tidak mudah renyuk. Setakat ini saya mempunyai 5 koleksi telekung SK termasuk yang berwarna dengan yang terbaru Jasmine Black limited edition. Akhir kata dari saya, saya harap pihak SK terus sukses dan menghasilkan telekung dan produk yang lebih selesa dan memudahkan umat Islam di luar sana” - Norhayati Abdullah

 

“Bagaimana saya jatuh cinta denga telekung SK. Waktu tu saya pergi rumah adik saya. Kebetulan masuk waktu solat, seperti biasa saya bekal telekung mini biasa, kalau nak ke mana mana. Tapi hari tu terlupa, adik saya pinjamkan telekung SK. Bila mengenakan tudung SK ni dan solat, saya terus jatuh cinta dan cuba mencari untuk membelinya. Adik saya cadang supaya beli online, tapi saya agak memilih bila part warna atau sizenya., sebab saya berbadan rendah. Tudung adik saya tu memang sesuai, tapi dah out of stock kata adik saya. Bila saya ke KL baru2 ni, saya menemui kedai SK di bangunan MARA (4.11.2018). Akhirnya saya menemui telekung Idaman saya,warna hitam. Singnature Jasmin. In Shaa Allah akan beli lagi. Saya sangat puas hati kerana kelembutan kainnya serta sejuk bila memakainya.” - Ariza Jay

 

“As Salam, selalu dengar nama telekung Siti Khadijah disebut-sebut sahaja sehingga saya merasai sendiri pengalaman memakai telekung Siti Khadijah sekitar Disember 2018. Kisah bermula apabila saya ingin menunaikan solat Asar di surau Alamanda Putrajaya, saya mencapai sepasang telekung cotton di rak telekung lalu menyarungkannya. Tiba-tiba timbul perasaan yang sangat nyaman, sejuk dan selesa tatkala memakainya. Saya meneruskan solat sehingga selesai. Sebelum mengembalikan telekung ke rak asalnya, saya sempat membelek label telekung dengan tujuan ingin membeli jenama tersebut kerana sangat selesa. Ternyata, label tersebut bertulis telekung Siti Khadijah. Saya sangat teruja dengan kualiti telekung Siti Khadijah dan berazam untuk memiliki telekung Siti Khadijah pada 2019”!  - Nur Suraya

 

“Siaran IKIM peneman diri , iklan Telekung Siti Khadijah berkumandang lagi , telekung pelbagai variasi telah kumiliki , namun harga Siti Khadijah kurasa tinggi. Singgah Butik Alamanda tika promosi, kurasa kainnya sungguh berkualiti, selesa dipakai , aurat kemas ditutup rapi, namun niatku memiliki belum tercapai dek tunggu gaji. Bulan dan tahun berlalu , 27 November 2018 tiba hari lahirku, kejutan hadiah dari suamiku, Ya, Ianya Telekung Siti Khadijah edisi terbaru, kualiti bermutu , pilihanku nombor satu! Alhamdulillah rezekiku, memiliki Telekung pilihan idaman kalbu” - Siti Hajrah Binti Nganro

 

"Setiap tahun mesti belikan mak telekung untuk Aidilfitri. Tahun lepas terpandang billboard, NAK, MAK TERINGIN NAK PAKAI TELEKUNG SITI KHADIJAH…Aidilfitri lepas belikan telekung SK untuk mak. Memang nampak kegembiraan mak bila terima telekung dari saya. Mak bagitau pada adik yang sebenarnya mak dah lama teringin nak pakai telekung SK. Alhamdulillah, dapat memenuhi hasrat mak. TQ SK.”- Wan Majdah