Rohanirayadah Hanie

Cantik dan selesa di pakai dh beli Kat butik SK Kat hotel tenera .

Zahili Dahari

Saya selesa memakai telekung sk semasa menunaikan haji dan umrah terima kaseh jenama sk

Noraine nordin

siti khadijah adalah salah satu company yg berjaya mengangkat taraf telekung ke satu tahap yg lebih tinggi... Kalau pergi kat mekkah org luar asyik puji inovasi SK bentuk muka yg cantik kemas dan inovatif. 

Norhaslena hashim

Telekung sk mmg tiada tandingan.. alah membeli menang memakai👍👍

Azian ismail

 Telekung yg paling selesa, Alhamdullilah. X payah pakai anak pn. Walaupun ada telekung lain tapi dia org x boleh tiru keselesaan di bahagian muka. Memang puas & x selesa pakai telekung jenama lain. Moga terus berjaya!

Ummi Liza

Alhamdulillah... selesa pakai telekung SITI KHADIJAH. Raya Aldilfitri baru2 ni, ada beli telekung, hadiah kan pada mak, dan mak mertua. Moga perniagaan SITI KHADIJAH terus maju.

Athyrah Azman

Telekung Siti Khadijah memang awesome. First try dah jatuh cinta dengan bentuk muka dengan kualiti kainnya.

Nur Amira

Syukur alhamdulillah saya guna telekung siti khadijah sangat2 selesa ketika beribadah..

Naura Sofia

Pertama kali menggunakan telekung Siti Khadijah apabila menerima hadiah dari orang tersayang, terus jatuh hati. Berbeza dengan jenama lain, material kain telekung Siti Khadijah berkualiti dan sangat selesa; tidak panas , jahitan kemas dan design yang menarik. Sesuai dengan tagline Siti Khadijah "lambang cinta abadi", telekung ini sangat sesuai untuk dihadiahkan pada insan tersayang.

Anis Mustafa

 Sangat selesa,setiap muslimah wajib ada

Nurul Hasanah

Telekung siti khadijah kualiti terbaik,selesa dan kusyuk dlm solat

Adila anaqi ayu

Semenjak mengunakan telekung siti khadijah..kurang berpeluh time solat..selesa sangat..jahitan kemas..kain yang bekualiti..dah guna telekung siti khadijah sekali tak kan cari jenama lain lagi😊😍😘

Norazlina Ishak

 Saya menyarung telekung Siti Khadijah untuk Umrah pertama saya. Memang selesa tanpa sedikit pun rasa panas atau rimas. Kainnya sejuk, potongan muka yang terletak, tidak ketat malah menjaga aurat saya dengan sempurna. Alhamdulillah.

Norpizah Jemain

Coretan dari Mekah Al-Mukaramah. Kenangan manis bersama keluarga tersayang mengerjakan ibadah. Lebih manis lagi apabila tersarung telekung Sk yg menjadi pakaian ibadah kami. Selesa dan amat comfy. Tidak panas dan melekap dimuka dengan kemas tanpa perlu risau aurat.

Komen dari #FamilySK

f5
72d2aa94-38c7-4335-bc48-fba716802998
2e8678b1-0b29-4052-a209-031782e41a35
a57a02d5-d65f-4dce-a061-505a92aad262
76535298-1dcf-4f49-bd39-51c3d62e172c
f1
442e8a9b-e1d2-428f-b350-daee979cadf7
5c264ead-9d69-4730-adcc-e2181ced55e7
c7d1d7a3-364a-4536-a27c-9e4c580399f2
a5702ac6-540e-4acc-ba06-ffe00c6bd987
f2
625fdf3f-88c6-4282-baf4-e5b57143964b
5fdf1d4f-f9b5-45e2-b865-2789a1c7eed7
d4473b68-e37e-4788-9a59-7aff657ca540
9236ad2e-3eb3-4dea-926b-3d719689a06d
f4
3541abf8-d993-4657-b921-04e170431e60
9d057787-99e8-4bf8-9f3e-f7e10e031103
f4b5d88f-60dd-46a4-a009-20fa7f1da7b1

 

“Pertama kali saya menggunakan telekung siti khadijah dari koleksi premium warna putih. Seawal kolaberasi SK dengan Go Shop. Ia merupakan hadiah daripada suami sempena hari lahir saya. Semenjak dari itu saya terus jatuh cinta dengan telekung SK ini. Apa yang paling saya suka material kainnya yang sejuk dan selesa apabila solat. Bahagian muka telekung SK memang berbeza dengan mana-mana telekung yang saya pernah guna. Bahagian muka tidak melekat, tidak sakit dan menutup rambut dengan sempurna walaupun tidak memakai anak tudung. Ini membuatkan saya rasa yakin untuk solat dalam tempoh yang lama apabila solat malam. Walaupun simple tapi sulaman telekung SK begitu ekslusif. Telekung SK ini juga sangat cepat kering apabila dibasuh dan tidak mudah renyuk. Setakat ini saya mempunyai 5 koleksi telekung SK termasuk yang berwarna dengan yang terbaru Jasmine Black limited edition. Akhir kata dari saya, saya harap pihak SK terus sukses dan menghasilkan telekung dan produk yang lebih selesa dan memudahkan umat Islam di luar sana” - Norhayati Abdullah

 

“Bagaimana saya jatuh cinta denga telekung SK. Waktu tu saya pergi rumah adik saya. Kebetulan masuk waktu solat, seperti biasa saya bekal telekung mini biasa, kalau nak ke mana mana. Tapi hari tu terlupa, adik saya pinjamkan telekung SK. Bila mengenakan tudung SK ni dan solat, saya terus jatuh cinta dan cuba mencari untuk membelinya. Adik saya cadang supaya beli online, tapi saya agak memilih bila part warna atau sizenya., sebab saya berbadan rendah. Tudung adik saya tu memang sesuai, tapi dah out of stock kata adik saya. Bila saya ke KL baru2 ni, saya menemui kedai SK di bangunan MARA (4.11.2018). Akhirnya saya menemui telekung Idaman saya,warna hitam. Singnature Jasmin. In Shaa Allah akan beli lagi. Saya sangat puas hati kerana kelembutan kainnya serta sejuk bila memakainya.” - Ariza Jay

 

“As Salam, selalu dengar nama telekung Siti Khadijah disebut-sebut sahaja sehingga saya merasai sendiri pengalaman memakai telekung Siti Khadijah sekitar Disember 2018. Kisah bermula apabila saya ingin menunaikan solat Asar di surau Alamanda Putrajaya, saya mencapai sepasang telekung cotton di rak telekung lalu menyarungkannya. Tiba-tiba timbul perasaan yang sangat nyaman, sejuk dan selesa tatkala memakainya. Saya meneruskan solat sehingga selesai. Sebelum mengembalikan telekung ke rak asalnya, saya sempat membelek label telekung dengan tujuan ingin membeli jenama tersebut kerana sangat selesa. Ternyata, label tersebut bertulis telekung Siti Khadijah. Saya sangat teruja dengan kualiti telekung Siti Khadijah dan berazam untuk memiliki telekung Siti Khadijah pada 2019”!  - Nur Suraya

 

“Siaran IKIM peneman diri , iklan Telekung Siti Khadijah berkumandang lagi , telekung pelbagai variasi telah kumiliki , namun harga Siti Khadijah kurasa tinggi. Singgah Butik Alamanda tika promosi, kurasa kainnya sungguh berkualiti, selesa dipakai , aurat kemas ditutup rapi, namun niatku memiliki belum tercapai dek tunggu gaji. Bulan dan tahun berlalu , 27 November 2018 tiba hari lahirku, kejutan hadiah dari suamiku, Ya, Ianya Telekung Siti Khadijah edisi terbaru, kualiti bermutu , pilihanku nombor satu! Alhamdulillah rezekiku, memiliki Telekung pilihan idaman kalbu” - Siti Hajrah Binti Nganro

 

"Setiap tahun mesti belikan mak telekung untuk Aidilfitri. Tahun lepas terpandang billboard, NAK, MAK TERINGIN NAK PAKAI TELEKUNG SITI KHADIJAH…Aidilfitri lepas belikan telekung SK untuk mak. Memang nampak kegembiraan mak bila terima telekung dari saya. Mak bagitau pada adik yang sebenarnya mak dah lama teringin nak pakai telekung SK. Alhamdulillah, dapat memenuhi hasrat mak. TQ SK.”- Wan Majdah