Bora Bora

CSR PULAU CAREY

Pada 26 September 2018, Zikra Lembaga Zakat Selangor telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat dengan memberi sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan. 20 syarikat korporat termasuk Siti Khadijah Holdings Sdn Bhd yang merupakan penyumbang zakat Lembaga Zakat Selangor sama-sama turun padang bagi menjayakan program tersebut.

Para peserta juga telah berpeluang menjejakkan kaki ke perkampungan orang asli yang beragama Islam di Kampung Kepau Laut, Pulau Carey untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka. Wakil daripada telekung Siti Khadijah, Cik Noor Fatin tidak melepaskan peluang menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang terdiri daripada orang asli yang baru memeluk agama Islam (mualaf).

Program seumpama ini memberi misi yang jelas iaitu bertujuan untuk membantu dan memberi zakat kepada golongan asnaf yang sememangnya memerlukan untuk menampung kehidupan mereka. Semoga Lembaga Zakat Selangor akan sentiasa meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *