Budapest

100 TELEKUNG SK DISUMBANGKAN KEPADA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN CHENEIN, SUNGAI SIPUT, PERAK.

Jumaat, 6 Julai 2018- Telekung Siti Khadijah berbesar hati untuk memberi sumbangan sebanyak 100 telekung SK kepada para murid Sekolah Kebangsaan Chene’in, di Sungai Siput, Perak. Majlis penyerahan sumbangan telekung SK telah dilakukan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri di Dewan Besar SK Chenein. Majlis itu diserikan dengan kehadiran Guru Besar SK Chenein, Tuan Abdul Rahim, para guru dan murid-murid SK Chenein.

Menariknya, kebanyakan murid SK Chenein ini terdiri daripada anak-anak orang asli yang beragama Islam. Oleh itu, #TeamSK terpanggil untuk memberikan sumbangan telekung SK kepada 90 murid perempuan dan 10 di wakafkan kepada surau SK Chenein untuk kegunaan guru-guru.

Wakil dari Siti Khadijah, Puan Junaidah Mohd Yusoff dalam ucapannya berkata, SK mengambil inisiatif dengan memberi sumbangan telekung kepada murid-murid di SK Chenein bagi memupuk semangat suka solat dalam kalangan kanak-kanak seusai mereka kecil. Dengan memakai telekung SK yang berkualiti tinggi, dan tidak panas, insyaAllah mereka akan lebih selesa ketika menunaikan ibadah solat. Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan daripada murid-murid SK Chenein yang terdiri daripada anak-anak orang asli yang beragama Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *